IBU WAJIB BACA! Kuasa YA LATIF Pada Anak-Anak, Kesannya Lebih Hebat Daripada Guna Rotan



Zaman sekarang ni, satu cabaran nak jaga anak-anak tanpa tinggikan suara kan? Nak marah pun bukannya anak faham. Jadi apa yang ibu-ibu perlu buat…?

Guna kuasa DOA!

Ya, boleh je nak denda tapi itu tidak mencukupi dan anda sepatutnya doakan yang murni-murni untuk anak-anak. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa sebenarnya adalah doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Jom amalkan 5 Petua khusus untuk lembutkan hati anak-anak.

1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Perlu banyak bersabar dalam ikhtiar kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk berhikmah bukannya marah.

3 Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Taha ayat 1- 5.

Terjemahan Surah Taha Ayat 1-5

Taa. Haa.

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.

Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy.

Bacaan untuk anak/suami yang degil tidak mahu solat.

Dibaca doa ini 3x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Dilakukan paling baik dalam 7 malam semasa anak/suami sedang tidur lena. InsyaAllah..

Kemudian baca doa NABI DAUD sebanyak 3 kali –

“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI” dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Bagi suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Ali Imran, ayat 200 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ secara berulang-ulang. Kesemua ini Insya-Allah ialah doa pelembut hati.

Semoga segala petua ini bermanfaat dan berhasil buat semua ibu dan ayah untuk mendidik anak-anak ke arah yang lebih positif dan mudah mendengar kata.

0 Response to "IBU WAJIB BACA! Kuasa YA LATIF Pada Anak-Anak, Kesannya Lebih Hebat Daripada Guna Rotan"

Post a Comment