LELAKI TERKAHIR KELUAR DARI NERAKA




Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a. beliau berkata, Rasulullah saw telah bersabda :

إِنِّى لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى. فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ – قَالَ – فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا – قَالَ – فَيَقُولُ أَتَسْخَرُ بِى – أَوْ أَتَضْحَكُ بِى – وَأَنْتَ الْمَلِكُ » قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ. قَالَ فَكَانَ يُقَالُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً

“Sesungguhnya aku tahu siapa orang yang paling akhir  dikeluarkan dari neraka dan paling akhir masuk ke dalam syurga. Yaitu seorang laki-laki yang keluar dari neraka dalam keadaan merangkak.

Kemudian Allah berfirman kepadanya : “Pergilah engkau maka masuklah engkau ke dalam syurga.”

Ia pun mendatangi syurga tetapi ia membayangkan bahawa syurga itu telah penuh.

Ia kembali dan berkata : “Wahai Tuhanku aku mendatangi syurga tetapi nampak sepertinya ia telah penuh.”

Allah berfirman kepadanya : “Pergilah engkau dan masuklah ke dalam syurga.”

Ia pun mendatangi syurga tetapi ia masih membayangkan bahawa syurga itu telah penuh.

Kemudian ia kembali dan berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah mendatangi syurga tetapi sepertinya telah penuh.”

Allah berfirman kepadanya : “Pergilah engkau dan masuklah ke dalam syurga, kerana untukmu di dalam syurga seperti dunia dan sepuluh kali ganda darinya.”

Orang tersebut berkata : “Apakah Engkau memperolok-olokan aku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau adalah Raja ?”

Ibnu Mas’ud berkata : “Aku melihat Rasulullah saw tertawa sampai kelihatan gigi geraham baginda. Kemudian baginda bersabda : “Itulah penghuni syurga yang paling rendah derajatnya.”
(Hadith Bukhari & Muslim)

wallahua'lam

0 Response to "LELAKI TERKAHIR KELUAR DARI NERAKA"

Post a Comment