BENCANA ALAM: BALA ATAU UJIAN ATAU RAHMAT??



1. Tiada siapa yang mampu mengetahui secara pasti setiap musibah yang menimpa itu adakah kerana ujian Allah buat hamba-Nya?
Atau balasan Allah terhadap maksiat yang dilakukan?
Bukan tugas kita untuk menetapkannya!

2. Barangkali ia merupakan ujian dari Allah untuk mengangkat darjat hamba-Nya yang bersabar di akhirat, atau sebagai petunjuk kepada jalan kebaikan.
Ujian tersebut boleh diberikan dalam pelbagai bentuk sebagaimana firman-Nya:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman”

وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan”

قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
“Mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ
“Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya”

وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ
“Dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk-Nya”
[Al-Baqarah: 155-157].

3. Boleh jadi juga ia merupakan balasan Allah terhadap mereka yang ingkar dan kufur terhadapnya, jika empunya diri tegar dalam maksiat, atau kerap mencabar syariat Allah.
قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنۡ أَشَآءُ‌ۖ
“Azab-Ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki” [al-A’raf: 156].

4. Barangkali dengan suatu bala, kita mendapat manfaat yang lebih berkesan dari dengan sekadar ujian, kerana bala itu juga sebahagiannya merupakan rahmat Allah buat kita yang jauh dari-Nya supaya kembali beringat untuk mendekati Sang Pencipta.
Maka musibah tersebut menjadi kaffarah buat kita supaya setelah itu kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
Demikianlah mafhum hadis: “Jika Allah mengkehendaki pada hamba-Nya kebaikan, akan disegerakan balasan (ujian) buatnya” [al-Tirmidzi].
Maka ia merupakan rahmat dan ujian di sebalik bala!

5. Apapun, jangan tergesa-gesa menghukum mengatakan suatu musibah itu merupakan bala dari Tuhan. Firman Allah:

فَلَا تَعۡجَلۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۖ إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمۡ عَدًّ۬ا
“Janganlah tergesa ke atas mereka (dengan mendoakan azab buat mereka), kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka (diazab)” [Maryam: 84].

6. Bukanlah Allah itu Tuhan yang menyegerakan bala buat umat akhir zaman ini.
Janganlah kita lupa bahawa:

وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّاحِمِينَ
“Dia lah Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan” [Yusuf: 64].

Dan kerana rahmat Allah yang Maha Luas, Dia berfirman:

وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ لَوْ يُؤَاخِذُهُمْ بِمَا كَسَبُوا لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ
“Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya.
Jika Dia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah lakukan, tentulah Dia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka (namun Dia tidak berbuat demikian)” [al-Kahf: 58].

Sumber Fb Dr Kamilin Jamilin

0 Response to "BENCANA ALAM: BALA ATAU UJIAN ATAU RAHMAT??"

Post a Comment