Aku tak pernah jaga solat. Terdetik nak tau sangat pasal neraka.Tak sangka lepas tu



Assalamualaikum semua pembaca. Pertama sekali, syukur alhamdulillah aku masih bernafas dimuka bumi ini untuk aku kongsi kegembiraan aku atas hidayah yang Allah bagi aku sebelum aku menghembuskan Nafas terakhir. Solat merupakan tiang agama. Biasa dengar tapi itulah yang akan membawa seluruh umat Nabi ke dalam Neraka kalau tak tunaikan kewajipan.

Permulaan hidup aku,aku dididik oleh seorang ibu yang cukup pengetahuan agama. Solat tak pernah tinggal walau 1 waktu selama aku hidup dengan dia. Bahkan dia akan ternanti2 waktu solat sambil dia menghabiskan waktu dengan perkara yang tak sia2 selain mengaji iaitu menghadap Allah. Abang aku, kakak aku perfectly. Masing2 sangat mementingkan solat sampai pergi ke shopping sanggup cari surau nak solat.

Aku?? duduk di luar sambil termenung. Perkahwinan yang pertama, jauh aku ketinggalan. Aku tak pernah solat. Selama aku berkahwin dengan Ex pertama. Hati aku betul2 hitam sampai tak pernah langsung nak solat. Aku lupe semua bacaan solat. Bila Allah uji aku. Perkahwinan pertama gagal. Allah uji dan uji. Namun untuk aku betul2 memahami Islam itu agak sukar bagi aku. Kadang lopong. Kadang2 seminggu sekali solat. Suami baru aku?? Emm..solat? entah. Agak susah untuk solat..

Sampai 1 hari. Detik 8.9.2018. Adik ipar aku membeli 1 buku.Tajuk : Aku tak sanggup ke neraka mu. Selak demi selak..aku digeruni dengan azab seksa Neraka. Sampai 1 tahap. Aku tak boleh tidur. Dosa aku terlalu banyak. Namun perasaan aku masih hitam.Hati aku tergerak2 nak mengetahui keadaan neraka. Allah gerakkan hati aku membuka Youtube tajuk Neraka. Perasaan aku kecamuk saat itu. Gambaran neraka yg diceritakan dalam buku sebijik macam dalam youtube.

AMAT DASHYAT Seksaan azab neraka. Seringgan2 azab dalam neraka. Diletakkan bara di tapak kaki sehingga mendidih otak.. Itu lah seringgan2 azab. 1 kali tinggal solat bersamaan 80 tahun. 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun. Kalau tinggal solat sekali bermaksud hampur 20 juta tahun lebih di neraka yang membakar. ALLAH !dengan segera Aku bertaubat saat itu. Sampai sekarang Aku sikit tak pernah nak terasa tinggalkan solat. Suami aku bila aku buka video itu, dia terus tak tinggal solat sampai sekarang.

Takutnya kami pada seksaan Azab api neraka. Ada setengah pendapat ulama berkata, walaupun gantikan Qada tetap berdosa dan perlu buat amalan sunat untuk cover dosa2 tinggalkan solat dulu. Allahuakbar. Aku telah tinggalkan solat sekian lama. Pakaian aku mejolok mata. Arak.. dan sebagai nya pada waktu zaman aku muda. Sesungguhnya aku sangat alpa dengan duniawi.

Alhamdulillah,cara pemakaian aku.Solat dan sebagainya berubah selepas tengok video tu. Semoga kite mati dalam keadaan beriman. Bagi yang lalai solat.. walaupun 1 solat tinggal. Saya menyeru. Solatlah sebelum sakaratul Maut. Selagi pintu taubat masih terbuka. Hanya amalan yang akan kite bawa disana nanti.

Hanya surah Al Mulk akn dapat selamatkan kite di akhirat sana.Al Mulk peguam bale kite nanti.. Amin. Perbanyakkan solat sunat, baca surat Al Mulk, Ar Rahman, Al Waqiah, Yassin. InsyaAllah selamat dunia akhirat.. Tak akan ada siapa dapat ubah kite kalau tak ada kesedaran diri. Semoga Amalan kite mempermudahkan hisab semasa di padang masyhar yg menhimpun kan sekali insan selama puluhan ribu tahun.Amin.Semoga Allah mempermudahkan hisab aku.. Amin..

Solat ye semua. Jangan tinggal 1 waktu pun. Tak susah pun solat.. Jaga hubungan kite dengan Allah. InsyaAllah Allah jaga kite.. Jangan lupa insafkan diri dengan tengok kat Youtube. TAJUK : NERAKA



0 Response to "Aku tak pernah jaga solat. Terdetik nak tau sangat pasal neraka.Tak sangka lepas tu"

Post a Comment