”Agama Adalah Nombor 1, Bukan Sukan”, Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan Kerana Mahu Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan



Ketika ini, masa depan Khabib Nurmagomedov di UFC masih lagi samar, sama ada kejuarannya bakal ditarik balik, wang kemenangan USD 2 juta yang ditahan, kemungkinan visa dia dan ayahnya ke Amerika Syarikat dibatalkan, hukuman jenayah dan perlawanan semula dengan McGregor, masih belum dapat dipastikan.

Namun satu yang pasti mengenai Khabib, jika diukur dengan kemarahan dan tindakan semalam adalah, agama dan keluarga adalah perkara terpenting dalam hidupnya. Apakah dia tidak tahu tindakannya boleh menyebabkan kemenangannya dibatalkan? Tidak mungkin. Tetapi siapa peduli, jika agama diperlecehakan.


Nama Khabib tiba-tiba menjadi sebutan dunia. Pelbagai perkongsian mengenai dirinya dibuat oleh netizen. Jika anda seperti kami, tiba-tiba juga mengikuti perkembangan Khabib melalui media sosial. Satu sisi menarik mengenainya, beliau selalu memuat naik status berkaitan dengan agama Islam.

Dalam satu sdiang media selepas perlawanan, Khabib turut menjelaskan bahawa media dan orang ramai tidak boleh bercakap mengenai agama, keluarga dan negaranya. Kerana tiga perkara tersebut adalah perkara terpenting dalam hidupnya.

”Bagi saya, agama adalah perkara yang paling penting. Bukan sukan. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan.


”Saya tidak mahu bertarung di sepanjang Ramadan. Saya mahu tumpukan kepada ibadah. Itu lebih penting,” kata Khabib sebelum ini.

Atas alasan itulah, Khabib yang ketika ini memegang rekod 27-0, satu rekod yang jarang-jarang dicipta oleh pertarung lain, telah menolak pertarungan UFC 224 kerana menghormati Ramadan, Mei yang lalu.

‘Tarik dirinya’ itu tidak membuatkan beliau keliahatan lemah kerana sebelum ini dalam UFC 223, beliau sudah membuktikan kejaguhannya apabila menumbangkan Al Iaquinta dalam gelanggang di Brooklyn, sebulan sebelumnya.

Kami kongsikan dengan anda beberapa muat naik di Instagram Khabib untuk anda menilai sendiri siapa dirinya yang sebenar.



Khabib melalui kapsyennya meletakkan pengharapan yang begitu tinggi kepada Allah. Katanya, dengan bantuan Allah barulah manusia boleh menyelesaikan semua masalah. Justeru katanya, manusia harus sentiasa menjaga hubungan dengan Tuhan, sekiranya terputus, manusia hilang segalanya.




A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on May 22, 2018 at 2:06am PDT

Dan banyak lagi perkongsiannya mengenai agama. Baik di Twitter mahupun Instagram. Tabik Khabib. We love you.

Sumber : Instagram Khabib

0 Response to "”Agama Adalah Nombor 1, Bukan Sukan”, Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan Kerana Mahu Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan"

Post a Comment