Subhanallah, Rahsia Disebalik Keturunan Pemegang Kunci Kaabah


Golongan yang menjadi penjaga atau memegang kunci Kaabah amat disegani dan dihormati. Oleh itu, sejarah telah mencatatkan pernah berlaku perselisihan dan rebutan bagi memegang kunci Kaabah.

Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim as dengan dibantu anaknya Nabi Ismail as. Penjaga pertama adalah Nabi Ismail kerana Nabi Ibrahim tidak tinggal di Makkah. la kemudian dijaga oleh anak Nabi Ismail, Thabit, diikuti Mudad bin Amrul Jurhumi dan datuk Thabit sebelah ibunya.

Kaabah kemudian dijaga oleh puak jurhurn. puak Khuzanah, Qusai bin Kilab dan seterusnya dipegang oleh keturunan Bani Syaibah turun temurun hingga hari ini.

PUAK KHUZAAH DAN QURAISY BERTELAGAH 
Mengikut catatan sejarah, Qusai bin Kilab iaitu moyang Rasulullah SAW yang hidup ketika zaman Khuzaah. Beliau menguasai Makkah dan hak sebagai penjaga Makkah adalah di tangan mereka. Qusai arnat dihormati pengikutnya daripada orang Quraisy iaitu keturunan Nabi Ismail. Qusai berkahwin dengan seorang gadis daripada puak Khuzaah, iaitu anak kepada pemegang kunci Kaabah ketika itu. 

Sebelum meninggal dunia, beliau mewasiatkan supaya kunci itu diserahkan kepada anaknya, iaitu isteri Qusai. Namun permintaan itu ditolak kerana beliau seorang perempuan. Kunci itu sebaliknya diserahkan kepada seorang lelaki daripada puak Khuzaah bernama Abu Ghubshan, seorang kaki arak. 

Ketika dalam keadaan mabuk, Abu Ghubshan menjual anak kunci itu kepada kaum Quraisy sebagai pertukaran bagi mendapatkan arak. Apabila menyedari anak kunci Kaabah terlepas daripada tangan mereka, puak Khuzaah memerangi Qusai dari puak Quraisy. 

Namun puak Khuzaah ditewaskan dan dihalau keluar dari Makkah oleh Qusai dibantu dan disokong oleh orang Quraisy. Sejak itulah, penghormatan sebagai pemegang anak kunci dan penjaga Kaabah berada di tangan Qusai dan diwarisi turun temurun. 

CUBAAN MEMBUKA PINTU KAABAH GAGAL 
Ketika Makkah ditawan tentera Islam pada tahun ke-8 Hijrah atau dikenali tahun Pembukaan Makkah, pemegang kunci Kaabah ketika itu ialah Usman Abi Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam. 

Bagi membolehkan Rasulullah SAW memasuki Kaabah, Ali bin Abi Talib mengambil kunci itu secara paksa daripada tangan Usman. Tindakan itu dibantah oleh Usman dengan katanya, "Kalau aku mengakui kerasulan Muhammad, sudah tentu aku sendiri yang akan menyerahkannya ke tangan beliau." Namun bantahan itu tidak diendahkan. Kunci itu diambil secara paksa. Apabila dicuba membuka pintu Kaabah menggunakan kunci itu, dia tidak berjaya, sedangkan itulah kunci yang biasa digunakan ketika itu untuk membukanya. 

Ketika para sahabat terus berusaha untuk membukanya, lalu jibril turun menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan wahyu yang bermaksud, 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil." (Surah an-Nisa, ayat 58) Lalu Rasulullah SAW segera mengembalikan kunci itu ke tangan Usman yang menyambutnya dengan penuh kehairanan lantas bertanya: 
"Kenapa pulangkan kunci ini, walhal engkau telah berkuasa dan kota ini sepenuhnya berada di bawah kekuasaan engkau." Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW dengan membaca firman Allah SWT yang baru diterima dari jibril itu. 

Tertarik dengan keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan mengakui bahawa apa yang didengar itu benar dari Allah SWT, Usman segera memeluk Islam dan menerima kembali kunci itu daripada tangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kemudian bersabda, "Peganglah kunci itu untuk selama-lamanya." 


FAKTA MENARIK TENTANG KAABAH 
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan is dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan (8,000 kg)! 

Di dalam Kaabah, masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Pada zaman Kerajaan Umaiyyah, ditukarkan lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abbasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu ditukar, lampu yang lama disimpan di dalam Kaabah. Jadi, banyak lampu lama disimpan di dalam Kaabah. 

Kaabah di'mandi'kan dua kali setahun, yakni pada 15 Muharam dan permulaan bulan Syaaban. Acara ini biasanya dihadiri oleh raja Arab Saudi dan pembesar lain. 

Lantai Kaabah dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna hijau, emas dan perhiasan. 

Kain penutup Kaabah (Kiswah) awalnya dibuat di Mesir. Namun setelah terbentuknya kerajaan Arab Saudi, Raja Abdul Aziz memerintahkan agar pembuatan Kiswah dibuat di negara itu sendiri. 

Video: 




0 Response to "Subhanallah, Rahsia Disebalik Keturunan Pemegang Kunci Kaabah "

Post a Comment