Tahukah Anda? BAHAYA Air Yg Sudah Dimasak Tak Boleh Dididihkan Semula. Ini Sebabnya


Pernahkah anda mendengar khabar angin bahawasanya memasak air untuk lebih daripada sekali akan mengakibatkan kandungan mineral di dalam air tersebut hilang sekali gus membuatkan air tersebut tidak elok diminum?

KEPERCAYAAN BAHAYA DIDIHKAN AIR BANYAK KALI
Kepercayaan bahawa mendidihkan air beberapa kali boleh menyebabkan air tersebut bahaya untuk diminum telah tersebar selama beberapa tahun ini.

Ia didorong oleh beberapa laman sesawang yang mendakwa mendidih semula air yang telah dimasak akan meningkatkan jumlah toksik yang boleh mengakibatkan kanser dan pelbagai lagi masalah kesihatan.

Satu lagi dakwaan yang tersebar meluas menyatakan mendidih semula air yang telah dimasak atau memasak air dengan terlalu lama akan menyebabkan ketepuan bahan kimia dan mineral seperti arsenik, nitrat dan fluorida.

DAKWA ADA KESAN ‘PEMBINASA’
Dakwaan ini turut disokong oleh sebuah artikel oleh Healthy Holistic Living yang diterbitkan pada tahun 2015.

Menurut artikel berkenaan, air yang dididih semula mempunyai ‘kesan pembinasa’ memandangkan kandungan kimia menjadi tepu dan berpotensi untuk mengakibatkan penyakit yang boleh meragut nyawa seperti kanser, toksik arsenik, penyakit berkaitan kardiovaskular, batu karang dan juga ketidaksuburan.

Kandungan mineral seperti garam kalsium dalam jumlah yang kecil adalah baik untuk manusia. Tetapi ianya boleh membahayakan kesihatan jika kita meminum air yang dimasak semula.

Walau bagaimanapun, dakwaan berkenaan gagal menyatakan sebarang bukti mengenai jumlah tepat bagi kandungan bahan kimia tercemar yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti yang telah dinyatakan.

Proses mendidih air melibatkan konsep penyejatan di mana air akan tersejat semasa dididihkan sekali gus meninggalkan bendasing yang terlarut di dalam air. Justeru, mendidih air berkali-kali membawa maksud bendasing yang terlarut di dalam air tersebut akan menjadi tepu.

TAHAP IQ JADI RENDAH
Kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Harvard turut mendedahkan mengenai bahaya meminum air yang dididih semula ini akan menyebabkan tahap IQ kanak-kanak menjadi rendah. Peningkatan kandungan fluorida boleh merosakkan sistem kognitif dan perkembangan sistem saraf kanak-kanak.

Bagi mengelakkan sebarang bahan larutan yang boleh membahayakan, anda dinasihatkan untuk mendidihkan air dalam kandungan yang banyak pada satu masa. Dengan kaedah ini, anda boleh meminum air yang dididihkan semula tanpa khuatir akan kesannya terhadap kesihatan anda.

Sumber : Era Baru

0 Response to "Tahukah Anda? BAHAYA Air Yg Sudah Dimasak Tak Boleh Dididihkan Semula. Ini Sebabnya"

Post a Comment